Kabinet Dapur Melamine sangat sinonim dengan harga yang berpatutan serta kualiti yang baik. Mempunyai pelbagai pilihan warna dan corak, ini menjadikan material Melamine ini menjadi pilihan ramai, lebih-lebih lagi pada pemilik rumah yang baru sahaja memiliki rumah pertama mereka.

Mari kita kenal apa yang dimaksudkan dengan material Melamine dengan sifat-sifatnya yang tahan lasak.

Apa Itu Melamine?

Melamine adalah satu material yang diperbuat daripada cip-cip kayu yang termampat (Compressed Woodchip) dengan pengikat atau gam yang diperkuat dan disalut dengan lapisan laminated sebagai kemasan. Ia membuatkan papan Melamine menjadi padat lalu membuatkan ia kalis lembapan air serta tahan lasak.

Categories: BLOG