Jika anda inginkan tema dapur yang moden dan futuristik, 3G Glass adalah material yang sesuai untuk kabinet dapur anda. Ramai pemilik rumah yang berminat untuk buat kabinet dapur dengan material ini. Dengan sifat permukaan kacanya yang berkilat serta kalis lembapan air, anda pastinya inginkan dapur yang efektif untuk anda memasak nanti.
Mari kita kenal apa itu material 3G Glass.
Apa Itu 3G Glass?
3G Glass diperbuat daripada kaca yang disokong oleh papan lapis di bahagian belakang. Nama “3G Glass” ini datang daripada terma “3rd-generation glass”, serta bentuk bingkai besi aluminium pada sisi kaca 3G ini juga. Ia mempunyai 2 jenis kemasan warna – iaitu 1) Spray Paint dan 2) Solid Color Sticker/Film.